Saturday 21 February 2015

Aku redha dengan ketentuanNya

Aku cuba membahagiakan family aku sendiri. Tapi kenapa tak da seorang pun daripada family aku yang bangga tengok aku. aku sedih dengan semua ni. Aku selalu ingat family aku. Tapi tak da seorang pun ingt dekat aku. kenapa ? why ? aku sedih dengan semua ni. Apa yang mereka nak untuk merekat ingat kat aku ? susah sangat kah permintaan aku . Aku memang tak patut mengharapkan balasan daripada mereka. Tapi tak bolehkah mereka tolong aku. Semakin hari aku rasa semakin hilang kasih sayang dengan family aku. Aku rasa lebih baik aku pendam saja dalam diri dari pengetahuan mereka. Kalau boleh aku nak kasih sayang daripada family aku sendiri tapi bukan orang lain. Aku nak kehidupan yang bahagia. Tolonglah fahami aku.! itu ja yang aku minta. Walaupun family aku selalu tak pentingkan diri aku, Aku masih ada kawan-kawan aku yang ada untuk bantu aku, kuatkan semangat aku. Thank you friends. U all always in my mind.

Wednesday 18 February 2015

Aku dan dia

Aku hanya la manusia biasa. Bercinta tu memang lumrah manusia biasa. Semua orang tak lari dari bercinta kan ? aku tau aku banyak buat salah dekat dia, selalu sakitkan hati dia, selalu kacau dia, tapi aku terima kalau dia nak marah aku. Sebab aku sedar yang perangai aku tak sepatutnya aku lepas macam tu ja dekat dia. Aku tak penah menyesal kenal dia. Kerana aku tau yang dia nanti akan menjadi yang terbaik dalam hidup aku. Walaupun baru 2 tahun kenal dia, tapi aku bersyukur sebab jumpa sorang insan yang baik, dan hampir sama perangai gila-gila dengan aku. haha .. macam x btl saja kan ? tapi itu lah kenyataannya. Aku sayang dia lebih dari aku sayang diri aku sendiri. Aku tak penah benci dia walaupun dia ada buat salah dengan aku. Aku dah anggap dia mcm sebahagian daripada hidup aku walaupun tak sampai ke akad nikah. Aku harap aku boleh jaga dia sehingga dia dapat impian dia dan cita-cita dia. Dialah segala-galanya bagi aku. :)

Tuesday 17 February 2015

6 Hak Seorang Islam :


1) Bila bertemu dengannya, maka ucaplah salam.
2) Apabila dia mengajak (menjemput),             hendaklah kamu menjawab (hadir).
3) Jika dia meminta nasihat, maka berikanlah.
4) Jika dia bersin , maka jawabkanlah (doakan).
5) Jika dia sakit, maka ziarahilah.
6) Jika dia mati, maka iringilah

Monday 16 February 2015

6 Soalan Imam Al Ghazali Kepada Murid-muridnya

Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

- Yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

-  Yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Apa yang paling besar didunia ini ?

-  Yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka

Apa yang paling berat didunia ?

- Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Apa yang paling ringan di dunia ini ?

- Yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat 

Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?

- Yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sunday 15 February 2015

Kursus Kepimpinan Pengawas


Selama 2 hari 1 malam aku berada di tasoh lake resort, pelbagai pengalaman yang aku dapat dekat situ. Mula-mula sampai memang tak kenal dengan senior dengan junior. Tapi bila dah sampai tu baru aku tau perangai depa macam mana. Kami jadi sebuah keluarga yang erat dan saling membantu antara satu sama lain. Ketua dengan kami memang tak beza. Semua satu kepala ja. hahaha. Petang tu tak da air. Memang susah jugak laa time tu .. semua pakat mengeluh jaa .. pastu bila malam tu dah ok balik laa. Air pon laju jaa. seronok gila time tu. Aku bersyukur sebab air dah ada time tu. Pastu dekat situ juga la mengajar aku untuk menjadi berani nak berucap dihadapan dengan orang ramai. Mula-mula memang gemuruh tak sangga laa .. tapi dah lama tu rasa ok balik.. hilang rasa gemuruh dalam hati. Kem ni juga la mengajar aku erti kerjasama, tolong-menolong, hormat akan orang tua-tua dan sebagainya. Tak rugi pun masuk kem macam kepimpinan ni sebernanya. Sebab dia mengajar kita ke arah yang lebih baik . Become to be a good leader :)

Friday 13 February 2015

Olahragawan 2015 SMK Agama Arau


Aku rasa macam tak percaya ja yang aku boleh pertahankan semua ni dalam masa 3 tahun. Walaupun tak semudah dengan apa yang aku rasakan tapi aku terus cuba dan mencuba sehingga impian aku tercapai, Selagi aku mampu selagi tu aku akan terus pertahankan semua ni kerana semua ni adalah harapan untuk aku berjaya nanti dan menjadi kenangan aku. Aku bersyukur kepada Allah yang beri aku semangat untuk berjaya. Alhamdulillah :)