Thursday 28 January 2016

Disebabkan Nila Sebelanga, Rosak Susu Setitik

Sedih..
Tu ja yang aku mampu katakan.
Aku tak expert langsung perkara ni akan menjadi besar macam ni.
Ya Allah .. Sesungguhnya Engkau lah Yang Maha Mengetahui..

Aku ingat hari ni akan menjadi ceria.
Tapi ia bertukar kepada kekecewaan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata :(
Semuanya berubah.. Mood aku down.. Aku dah tak da mood nak belajar .. hurm..

Hari ni ada kelas addmath..
Aku dengan nawaitu yang ikhlas nak belajar addmath walaupun ketika tu aku dalam keadaan mengantuk.. Tapi aku cuba nak tumpukan perhatian..
Aku sediakan segala kelengkapan yang cukup untuk belajar addmath agar kami dapat belajar dengan tenang..
Cikgu aku masuk dengan wajah yang sangat ceria.. 
Senyuman dia membuatkan aku lagi minat akan belajar addmath nih..
Tapi segalanya telah berubah apabila cikgu tanya pasal homework..
hurm .. :'(
Padahal homework tu cikgu bagi hari selasa lepas.. Tapi cikgu kata nak minta sebelum cuti raya cina..
Selepas tu, kami pun macam tak fokus la dengan homework addmath tu..
Biasa lah student kan banyak homework lain yang perlu diselesaikan ..
So, kami buat la homework lain dulu..

Tapi, kami tak sangka yang cikgu akan minta homework tu harini ..
korang bayangkan la majoriti tak siap homework tu..
Siapa yang tak bengang kan ?
Yang siap pun 2-3 orang jer..
Lepastu cikgu aku dengan mood ceria tadi bertukar kepada mood marah..
Kami semua terdiam .. 
Memang tak boleh nk diucap apa-apa ketika tu..
hanya mampu menahan telinga..

Selepas tu.. yang paling aku sedih bila cikgu aku cakap dia tak nak ajar kelas kami dah..
Perasaan aku ketika tu memang bercelaru.. Nak menangis pun ada.. :'(
Aku sayangkan cikgu aku. Dia la yang telah banyak ubah aku..
Aku turun kelas pun sebab dia..
Aku perlukan ilmu daripada dia..
Tapi paling aku sedih bila dia cakap yang "Dia haramkan segala ilmu dia"
korang bayangkan dia dah ajar aku setahun lebih..
Boleh hancur result spm aku .. huhuhu :(

Aku sedihh ! aku kecewa ...
Aku tak sangka perkara ni akan jadi macam nii....
Selepas tu tak lama dia keluar mcm tu ja.. Aku tau kalau cikgu dah marah, maka akan hilang segala keberkatan yang dia penah bagii.
tu la yang paling aku takutt..

Lepas dia keluar aku pergi surau nak tenangkan diri ..
Pastu tiba-tiba kawan aku datang. tapi seorang jer la..
N then kami berbincang la nak buat apa lepas nih..
Memang kami blurr terus.. Otak kami blank..
Pastu kawan aku cadang nk pergi jumpa kaunselor..
Aku pun ok jer la sebab nk minta pendapat dia..

Time jumpa kaunselor tu aku banyak sedar akan kekurangan aku sebagai pelajar..
Kami tak boleh salahkan cikgu.. Semuanya salah kami sendiri..
Memang cikgu ada hak nak tuntut homework yang dia bagi..
hurmm ...

And then tu lepas aku dengan kawan aku rancang nak pergi jumpa cikgu lepas solat zohor..
Maybe hati dia kan tenang sikit...
Tapii..
Sangkaan aku silap..
Semuanya musnahh..

Aku pergi jumpa dia aku cakap kami nak minta maaf..
Tapi cikgu dah tak macam layan kami dah..
Aku tau hati dia mesti tak normal lagi..
Tapi dalam hati aku ketika tu memang dah semakin hancur..
Aku tak tau nak cakap apa lagi..
Hanya mampur berdoa ja..

Korang bayangkan la Cikgu daripada tengah duduk buat kerja dia kan..
tiba-tiba dia bangun n then terus keluar macam tu jaa..
Siapa yang tak terasa kan..
Aku rasa macam dipandang dengan hina sangat.. hurm :(
Aku redha ..
Aku harap semuanya akan berubah..
InsyaAllah

1 comment: